The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Dr Hazwan Memberi Kemas Kini Mengenai Proses Pemulihan R. Dinesh dan Halim Saari

Jan 09, 2022 - FAS

Perkembangan terkini mengenai fasa pemulihan kedua-dua pemain Selangor FC, Halim Saari dan R. Dinesh yang mengalami Anterior Cruciate Ligament (ACL) musim lalu semasa liga berlangsung.

Halim mengalami kecederaan ACL semasa menentang Terengganu FC pusingan pertama Liga Super 2022 dan merupakan kecederaan ACL keduanya sepanjang karier bola sepaknya. 

Manakala R. Dinesh pula menghadapi ACL semasa perlawanan persahabatan tahun lepas pada bulan Oktober sebelum Piala Malaysia disambungkan semula.

Menurut Dr Hazwan, Ketua Jabatan Sains Sukan Selangor FC, Halim dan Dinesh telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang proses pemulihan mereka dan kedua-duanya sudah pun mula menjalankan latihan secara individual di padang.

"Halim sekarang berada di dalam fasa menguatkan daya ketahanan fizikal yang tertumpu lebih terhadap keupayaan dan kemahiran di atas padang. Maka proses rehabilitasi lebih menumpukan terhadap aspek 'power development', 'speedwork' dan ketangkasan pergerakan,"

 "Dinesh pula sedang melalui fasa rehabilitasi yang menumpukan lebih terhadap aspek 'muscle control & activation'. Beliau juga memberi respon yang baik terhadap senaman rehabilitasi untuk kekuatan otot. Ini adalah untuk persiapan ke arah memulakan aktiviti larian dalam waktu terdekat ini,"

Pihak Jabatan Sains Sukan Selangor FC, Dr Hazwan dan ahli fisioterapi pasukan utama, Marco Grimm akan bekerja keras untuk membantu dan memantau Halim Saari serta R. Dinesh di setiap fasa rehabilitasi mereka sehingga mereka berjaya kembali semula beraksi bersama pasukan.

Selangor FC mendoakan agar Halim dan R. Dinesh dapat terus berikan komitmen untuk kembali pulih serta dapat kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Perkembangan lanjut mengenai pasukan utama Selangor FC akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa kelak.

Demi kebanggaan!